SEJARAH ROOIBOS



Rooibos adalah tumbuhan dari keluarga legum atau kekacang. Belukar ini tumbuh sehingga 2 meter tinggi. Daunnya berwarna kehijauan berbentuk jarum. Ia mempunyai akar tunjang yang kuat kadang-kadang sedalam 2 meter, membolehkan tumbuhan ini boleh bertahan hidup pada musim kemarau yang berpanjangan.

Sejarah teh rooibos bermula di wilayah Cederberg, sebuah wilayah di Afrika Selatan. Suku-suku Khoisan, satu suku asli dikatakan ‘Bushmen’ wilayah tersebut, menuai daun-daun pokok Aspalathus linearis sudah berkurun lamanya untuk tujuan perubatan tradisi kepada banyak masalah kesihatan, dan mereka sangat menyukai rasanya yang sedap.



PENYEBARAN TEH ROOIBOS



Semasa Perang Duna Ke 2, bekalan the biasa di negara-negara Asia telah berkurangan dan sukar mengimport kuaniti yang mencukupi dan pada masa inilah teh rooibos menjadi teh alternatif kepada teh biasa dan dieksport ke seluruh dunia. Bagaimanapun peniaga-peniaga rooibos menghadapi masalah harga bijibenih rooibos yang mahal pada ketika itu dan itulah sebabnya teh rooibos masih sukar perolehi dan dinikmati sehinggalah dalam tahun 60an apabila teh rooibos menjadi tiba-tiba popular. Pada tahun 1968 seorang ibu, AnniqueTheron telah melaporkan bahawa masalah alahan bayinya telah berkurangan dengan merendaamkan botol minuman anaknya ke dalam air rooibos panas. Dia sangat pasti bahawa ini disebabkan oleh rooibos. Walaupun mengharungi berbagai cuba meyakinkan semua pihak tetapi akhirnya dia berjaya menerbitkan bukunya yang memuatkan penemuanya itu dalam sebuah buku berjudul “Allergies”. Selepas penerbitan buku tersebut, beratus-ratus lagi penyelidikan ilmiah membentangkan faedah teh rooibos sebagai anti-oksidan dan faedah-faedah kesihatan lain. Dengan pemahaman baru keatas faedah perubatan rooibos ini, maka popularitinya sebagai minuman telah meletup.



PENGGUNAAN ROOIBOS HARI INI



Populariti rooibos terus berkembang di seluruh dunia, khusus antara pengguna yang pentingkan kesihatan tubuh. Kelebihannya berbanding teh biasa ialah ia tindak mengandungi kafein dan sangat rendah kandungan tanin yang dikatakan boleh menyekat penyerapan zat besi dalam darah. Ia dibuktikn mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas dan oksidasi yang berlaku dalam tisu-tisu, membantu tubuh agar sentiasa sihat dan kuat.



Sebagai tambahan kepada ciri-ciri awet mudanya kerana adanya anti-oksidan yang tinggi, terdapat juga mineral-mineral penting untuk tubuh seperti magnesium, besi, kuprum, mangan, fluorida dan zink.



Rooibos juga didapati boleh mengurangkan depresi, meningkatkan sistem imun dan menghidrat tubuh. Ia semakin popular di Amerika Syarikat dan boleh didapati di kedai-kedai kopi. Malah kedai-kedai kopi di seluruh dunia mula menawarkan berbagai bentuk minum rooibos seperti “red expresso”, “red latte” dan “red cappuccino.”



Penyelidikan saintifik keatas pitonutrien rooibos terus berjalan di seluruh dunia dan keajaiban bar uterus ditemui. Dari fungsi sebagai minuman harian seisi keluarga kepada minum para atlet sukan. Dari sebagai mandian dan minuma bayi kepada minuman warga emas, teh rooibos terus menjadi kegemaran untuk mendapatkan faedah kesihatannya. Berbagai bentuk minuman berasaskan rooibos ditawarkan kepada pengguna dan kita menjangkakan teh rooibos akan terus menjadi minuman masyarakat seluruh dunia.