Sistem saraf

KESIHATAN SISTEM SARAF: Sistem saraf pusat (CNS) adalah bahagian sistem saraf yang menyatukan maklumat-maklumat dari mana ia diterima, dan mengkordinat aktiviti-aktiviti semua bahagian tubuh. Ia mengandungi sebahagian besar sistem saraf, termasuk otak dan korda spina. Pada haiwan vertebrata, otak dilindungi oleh tengkorak, sementara korda spina dilindungi oleh vertebra, dan kedua-duanya terkurung di dalam meninges. Kajian saintifik 1: Melindungi sistem pusat saraf: Keupayaan teh Rooibos, Aspalathus linearis untuk melindungi kerosakan sistem saraf pusat telah dapat dibuktikan keatas tikus betina Wistar berumur 3-bulan apabila kajian dijalankan secara berterusan selama 21 bulan. Adalah didapati bahawa teh Rooibos menghalang pengumpulan lemak peroksida dibeberapa bahagian otak tikus tersebut yang ada kaitan dengan gejala penuaan. Sumber rujukan: Inanami O, Asanuma T, Inukai N, Jin T, Shimokawa S, Kasai N, Nakano M, Sato F, Kuwabara M. Faculty of Agriculture, Iwate University, Morioka, Japan. : The suppression of age-related accumulation of lipid peroxides in rat brain by administration of Rooibos tea (Aspalathus linearis). Neurosci Lett. 1995 Aug 18;196(1-2):85-8.