Sistem Imun

ROOIBOS BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN: Sistem daya tahan penyakit atau sistem imun ialah satu sistem struktur biologi dan proses-proses dalaman pada organisma yang menghalang dari serangan penyakit. Untuk berfungsi lebih sempurna, sesuatu sistem imun mestilah berupaya mengesan berbagai agen, dari virus kepada cacing parasit, dan berupaya membezakan mereka daripada tisu sihat miliknya sendiri. Kerosakan sistem imun boleh menyebabkan penyakit-penyakit menjadi imun, termasuk penyakit-penyakit radang dan kanser. Kurang daya tahan penyakit akan berlaku apabila sistem imun kurang aktif, menyebabkan berlaku jangkitan ulangan. Kajian saintifik 1: Mengembalikan fungsi imun tubuh: Pasukan penyelidik di Universiti Okyama, Jepun telah berjaya menunjukkan bahawa bahan aktif di dalam Rooibos dapat mengembalikan fungsi imunisasi. Keputusan ini sangat penting untuk penyelidikan seterusnya keatas ciri-ciri meningkatkan imuniti pada Rooibos untuk faedah pesakit HIV/AIDS. Sumber rujukan: Ichiyama, K., Tai, A., Yamamoto, I. Augmentation of antigen-specific antibody production and IL-120 generation with a fraction from rooibos (Aspalathus linearis) tea. Bioscience, Biotechnology and Biochemistry (2007) 71, 589–602. Kajian saintifik 2: Menggalakkan penghasilan antibodi- khas, interleukin-2: Penemuan kajian menunjukkan bahawa ekstrak teh Rooibos menggalakkan penghasilan antigen-khusus melalui penambahan pengeluaran interleukin-2 ( IL-2) kedua-dua in-vitro dan in-vivo. Meminum teh Rooibos adalah penting bagi prophylaxis penyakit yang melibatkan kecacatan di dalam tindakbalas imuniti Th-1 seperti kanser, alergik, AIDS dan lain-lain jangkitan. Sumber rujukan: Kunishiro K, Tai A, Yamamoto I. Department of Immunochemistry, Faculty of Pharmaceutical Sciences, Okayama University, Japan: Effects of rooibos tea extract on antigen-specific antibody production and cytokine generation in vitro and in vivo. Bioscicence, Biotechnololgy and Biochemistry (2001);65(10):2137-45. Kajian saintifik 3: Menggalakkan pengeluaran antibody- khas, interleukin-6 dan interleukin-10 : Kesan in-vitro teh Rooibos (Aspalathus linearis) keatas laluan-laluan imuniti tertentu telah dikaji menggunakan kultur darah. Kajian menunjukkan bahawa Rooibos dapat menggalakkan pengeluaran interleukin-6, interleukin-10 yang lebih banyak dan rembesan gamma interferon. Data-data kajian menunjukkan bahawa Rooibos mengatur sistem imunisasi. Sumber rujukan: Hendricks R, Pool EJ. Department of Medical Bioscience, The University of the Western Cape, Bellville, South Africa: The in vitro effects of Rooibos and Black tea on immune pathways. J Immunoassay Immunochem. (2010) 31(2):169