Rahsia Awet Muda

PENYELIDIKAN Berbagai penyelidikan saintifik telah dan sedang dijalankan di seluruh dunia untuk mengetahui setakat mana rooibos dapat membantu menangani berbagai masalah kesihatan manusia. Abstrak sebahagian kecil dari penyelidikan tersebut disenaraikan dibawah sekadar rujukan dan untuk membuktikan bahawa tumbuhan ajaib Afrika Selatan ini sesungguh berkesan bukan sahaja sebagai minuman kesihatan kerana kandungan mineral dan anti-oksidan yang tinggi tetapi juga merawat berbagai penyakit penuaan manusia. ROOIBOS BOLEH MELAMBATKAN PROSES PENUAAN Manusia akan mencapai puncak tumbesaran dan perkembangan fizikal pada pertengahan umur 20an. Pada pertengahan ini, berbagai operasi tubuh mula menurun, fizikal dan mental. Di neraga-negara Barat, usia mencapai sehingga 70 tahun. Dengan tubuh yang sihat, bagaimanapun mungkin usia boleh mencapai sehingga 120 tahun. Pada lewat penghujung usia, seseorang akan lebih mudah terdedah kepada beberapa masalah penuaan seperti Azheimer’s, artritis, kanser, diabetes, depresi dan penyakit jantung. Teori penuaan paling terkenal ialah teori radikal bebas. Teori ini didasarkan oleh sel-sel akan menghasilkan radikal bebas. Dengan kehadiran oksigen, radikal bebas boleh menyebabkan sel-sel tubuh menjadi hancur akhirnya akan menyebabkan tubuh berhenti berfungsi secara total. Radikal bebas oksigen Tubuh menggunakan oksigen untuk menukar bahan-bahan makanan seperti lemak dan gula kepada tenaga. Dalam proses ini, oksigen ditukar kepada air, dan setiap molekul air lazimnya mengambil empat elektron. Bagaimanapun, sebahagian oksigen mungkin terlepas sebelum konversi selesai, dan ini akan menyebabkan lebih kurang 2% jumlah oksigen tersebut mengalami kekurangan 1 elektron. Partikel-partikel ini dipanggil radikal bebas. Mereka boleh juga terhasil di dalam tubuh manusia melalui proses-proses lain, misalnya pencemaran udara, merokok dan terdedah kepada radiasi. Radikal bebas oksigen sangat reaktif dan boleh menyebabkan kerosakan kepada protein dan lemak tubuh, dan juga kepada bahan-bahan heredity atau genetic pada sel-sel, dikenali sebagai DNA. Radikal bebas oksigen tersebut boleh berubah kepada bentuk radikal lebih merbahaya melalui satu rangkaian tindakbalas. Mujurlah tubuh kita mengandungi beberapa mekanisma pelindung keatas kesan-kesan bahaya dari radikal bebas oksigen ini dan radikal oksigen lainnya, malah ada radikal lain yang lebih kuat seperti apa yang disebut radikal-radikal peroksida dan hidroksil. Mekanisma pelindung tersebut ialah enzim-enzim dan antioksidan. Beberapa enzim di dalam tubuh manusia berupaya meneutralkan radikal bebas oksigen sejurus mereka terbentuk. Enzim yang paling dikenali ialah SOD (superoxide dismutase). SOD dan enzim-enzim lain menukar superoksida dan peroksida kepada sebatian tidak merbahaya. Ada beberapa enzim lain yang boleh memulihkan kerosakan kepada lipid dan DNA. Mekanisma ini menjadi perlahan semakin usia meningkat dan menyebabkan penimbunan kerosakan dan mula dilihat sebagai proses penuaan, apabila kehilangan keanjalannya. Kerosakan kepada bahan genetik (DNA) pada sel normal akan menyebabkan ia menjadi satu kanser. Adalah juga difahami bahawa radikal bebas mungkin memainkan peranan didalam kejadian penyakit kardiovaskular seperti arteroskerosis (dimana arteri koronari tersumbat oleh satu penebalan secara perlahan-lahan pada dinding arteri koronari tersebut). Antioksidan menghalang kerosakan sel Kerosakan pada tubuh manusia oleh rantaian tindakbalas yang disebabkan oleh radikal bebas dapat dihalang oleh antioksidan. Vitamin E yang terdapat pada minyak sayuran misalnya, adalah antioksidan yang paling berkesan. Ia memberhentikan rantaian tindakbalas tersebut dengan cara ia sendiri akan menjadi radikal, tetapi disebabkan ia stabil, maka tiada kerosakan pada sel yang akan berlaku. Antioksidan lain yang sangat dikenali ialah vitamin C dan karotenaoid, ditemui pada buah-buahan dan sayuran. Akhir sekali, terdapat flavonoid, yang boleh diperolehi dengan banyaknya di dalam rooibos. Flavonoid dan radikal bebas Flavonoid adalah antioksidan yang sangat kuat, dan mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih kuat dari vitamin C. Flavonoid pada rooibos sekarang sudah menjadi terkenal. Antara yang terpenting ialah aspalathin, hanya terdapat pada rooibos dan tiada sumber lain. Beberapa flavonoid lain yang telah dikenalpasti ialah nothofagin, vitexin, isovitexin, orientin, isoorientin, luteolin, quercetin dan chrysoeriol. Kajian saintifik 1: Rooibos meningkatkan kandungan glutathion Glutathion adalah ketua kepada antioksidan-antioksidan di dalam tubuh kita1. Ia dihasilkkan oleh tubuh, khusus oleh hati dan tidak boleh diambil sebagai satu makanan tambahan kerana ia akan hancur sebaik berada di dalam perut2. Jumlahnya berkurangan semakin berumur3 dan merokok4. Banyak kajian mendapati bahawa glutathion boleh melawan penyakit jantung, kanser dan penuaan1. Satu penemuan yang sangat signifikan telah diperolehi dimana apabila tikus kajian diberi dengan hanya rooibos sebagai sumber minuman selam 10 minggu, berlaku peningkatan kandungan glutathion sebanyak 5 kali ganda. Dalam kajian ini, teh biasa/hitam dan teh hijau didapati tidak memberikan peningkatan glutathion walau sekali ganda5. Dalam kajian lain oleh seorang penyelidik Afrika Selatan, Prof. Jeanine Marnewick di Cape Peninsula Unicersity of Technology, juga mendapati bahawa meminum sebanyak 6 cawan teh rooibos setiap hari selama 3 bulan oleh sekumpulan sukarelawan sihat, dapat meningkatkan kandungan glutathion darah sehingga 100%6. Keputusan yang sama juga diperolehi oleh Nikola dan rakan-rakannya7. Ini jelaslah bahawa jika rooibos boleh meningkatkan kandungan glutathion yang memang sudah berkurangan kerana factor usia, maka ini sudah pasti dapat membantu mengurangkan risiko serangan kanser dan lain-lain penyakit yang diakibatkan dari gaya hidup kita sendiri. Sumber rujukan: 1. The central role of glutathione in the pathophysiology of human disease; Franco, R., Schoneveld, O.J., Pappa, A., Panaviotidis, M.I.; Arch Physiol Biochem., (2007) 133, 234-258. 2. The systemic availability of oral glutathion; A. Reddy, S., Stofer, B., Lauterburg, B.H.; Eur J Clin Pharmacol (1992) 43, 667-669. 3. Mitochondrial glutathione, a key survival antioxidant; Mari, M., Morales, A., Colell, A., Garcia-Ruz, C., Frnandez-Checa, J.C.; Antiox. Redox Signal., June 26, 2009. 4. Effect of age on alternation of glutathion metabolism following chronic cigarette smoke inhalation in mice.; Teramoto, S., Uejima, Y., Teramoto, K., Ouchi, Y., Fukuchi, Y.; Lung (1996) 174, 119-126. 5. Modulation of hepatic drug metabolising enzymes and oxidatives status of rooibos (Aspalathus linearis) and honey bush (Cyclopia intermdia), green and black (Camellia sinensis) teas in rats; Marnewick, J.L., Joubert, E., Swart, P., Van der Westhuizen, F., Gelderblom, W.; Journal of Agricultural and Food Chemistry (2003) 51, 8113-8119. 6. Rooibos and heart disease, Unpublished studies; Marnewick, J.L.; Rooibos Science Café, MTN Science Centre, Cape Town, 26 Nov., 2008. 7. Antioxidant effects on rooibos tea on workers occupationally exposed to lead.; Nikolova, V., Petrova, S., Petkova, V., Pavlova, A., Georgieva, T.; Toxicology Letters (2007) 172, 120-121. Kajian saintifik 2: Antioksidan pada rooibos terbukti sangat berkesan kepada manusia Satu penyelidikan bersama diantara para saintis di 4 buah pusat penyelidikan antarabangsa telah menemui bukti klinikal julungkali bahawa meminum teh rooibos akan meningkatkan dengan ketara keupayaan antioksidan tersebut di dalam darah manusia, oleh itu akan meningkatkan sistem pertahanan semulajadi tubuh. Para penyelidik di Rom dan Glasgow telah mendapati bahawa keupayaan antioksidan di dalam darah pada 15 orang sukarelawan sihat memuncak satu jam selepas meminum 500ml teh rooibos. Sama ada disediakan dari sumber yang difermentasi/dikeringkan atau hijau/segar, menghasilkan kesan yang sama. “Berdasarkan keputusan penyelidikan, kami membuat rumusan bahawa teh rooibos berkeupayaan memberi berbagai antioksidan dalam tubuh, dengan itu dapat merangsang rangkaian redoks dalam tubuh” kata Prof. Mauro Serafini, ketua projek penyelidikan ini dan Ketua Makmal Penyelidikan Antioksidan di INRAN, sebuah institute penyelidikan pemakanan/nutrisi di Rom, Itali. “Kemungkinan adalah sangat tinggi bahawa sejurus ia diserap ke dalam sistem edaran darah, beberapa kandungan unik teh rooibos akan mempamirkan aktiviti-aktiviti biologi lain di dalam tubuh manusia. Selepas satu jam, paras antioksidan tersebut mula menurun dan itulah sebabnya kenapa kami mencadangkan supaya meminum sehingga 6 cawan teh rooibos berselang sepanjang hari bagi mengekalkan faedah kesihatannya” jelas Prof. Jeanine Marnewick dari Cape Peninsula University of Technology, Afrika Selatan. Beliau mengetuai satu kajian yang menunjukkan kesan faedah meminum sehingga 6 cawan teh rooibos setiap hari untuk meningkatkan tahap kesihatan jantung. Berbagai penyelidikan sejak beberapa dekad lampau telah dapat membantu para saintis untuk memahami keunikan dan kompleks adunan antioksidan yang terdapat di dalam teh rooibos. Mereka juga telah dapat buktikan bahawa sebatian-sebatian yang terkandung dalam teh rooibos adalah mudah dicerna di dalam tubuh. Kajian terbaru ini membuktikan bahawa teh rooibos dapat merangsang paras antioksidan di dalam tubuh manusia yang sihat. “Penyelidikan terbaru ini juga mebuktikan bahawa sebatian-sebatian di dalam teh rooibos adalah cukup kuat untuk memberikan kesan ketara keupayaan antioksidan dalam darah” kata Prof. Lizzette Joubert, seorang daripada penyelidik teh rooibos terkenal di Afrika Selatan yang sedang mengkaji kualiti dan komposisi teh rooibos di Majlis Penyelidikan Pertanian Afrika Selatan. Sumber rujukan: Unfermented and fermented Rooibos tea (Aspalathus linearis) increase plasma total antiokxidant capacity in healthy human. Vilano, D., Pecorari, M., Testa, M.F, Raguzzini, A., Stalmach, A., Crozier, A., Tubili, C., Serafini, M.; Food Chemistry (2010) 123 (2016) 679-683.