Masalah Rambut Gugur

MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR Kita semua mengalami kehilangan rambut pada satu-satu ketika dalam hidup. Tubuh kemudiannya menggantikan rambut yang hilang dengan yang baru sebagai satu proses penggantian yang dilakukan oleh sistem yang sudah sedia ada di dalam tubuh kita. Semakin kita berumur, keujudan rambut-rambut yang baru semakin perlahan. Ini jelas lebih terlihat pada lelaki berbanding wanita. Kenapa? Ini kerana ciri-ciri genetik kebotakan lebih menonjol pada lelaki. Ia mungkin bermula seawal 20an bagi beberapa individu. Untuk wanita, rambut lazimnya mula menipis selepas berumur 50 tahun. Masalah paling lazim dengan penjagaan rambut yang tidak sempurna ialah kelemumur, menjadi putih, rambut gugur, rapuh dan pertumbuhan yang perlahan. Rawatan intensif dan pencemaran alam sekitar mungkin boleh menjadi sebab lain keguguran rambut dengan teruk. Keguguran rambut sementara mungkin berlaku semasa demam panas, penyakit kronik, masalah tirod, kekurangan zat besi, dalam keadaan depresi, anesthesia, rawatan dadah, ketidakseimbangan hormon atau semasa melahirkan anak. Prinsip disini ialah folikel rambut tiba-tiba berada pada fasa rehat yang menyebabkan rambut menjadi nipis dengan ketara. Walaupun kebanyakan masalah ini adalah tanda-tanda penuaan atau sebahagian daripadanya satu bentuk genetik kita, terdapat juga beberapa cara pengawalan dan rawatan yang anda boleh lakukan di rumah. Kajian saintifik 1: Merawat masalah rambut gugur dan menyuburkan rambut Satu kajian selama 90 hari telah dijalankan oleh sebuah makmal bebas di Perancis untuk menguji ekstrak Rooibos pada losyen rambut menggunakan satu kumpulan individu sihat yang sedang mengalami masalah keguguran rambut. Efikasi/kemujaraban kepada sukarelawan diukur selepas 90 hari menggunakan ‘videotrichogram‘ seperti berikut: 89% peserta = mengalami pertambahan kelajuan pertumbuhan rambut 67% peserta = mengalami 0 atau sedikit rambut gugur 67% peserta = mendapat kesan positif pada tekstur rambut 63% peserta = rambut lebih licin dan berseri 45% peserta = berlaku sedikit atau sederhana pertumbuhan semula rambut (di tempat yang memang tiada rambut lagi). Keputusan kajian ini menjelaskan bahawa Rooibos boleh menghalang keguguran rambut dan dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut. Sumber rujukan: www.segalsolutionsindia.com/research_studies.html