Kesihatan Sel Darah Merah

KESIHATAN SEL DARAH MERAH Sel darah merah adalah sel darah paling lazim dan merupakan laluan utama organisma vertebrata menghantar oksigen ke tisu-tisu tubuh melalui pengaliran darah pada sistem edaran. Sel darah merah membawa okisgen ke paru-paru dan melepaskannya sementara ia terus beredar melalui kapilari-kapilari tubuh. Sel-sel ini kaya dengan haemoglobin, satu biomolekul berisi besi yang boleh mengikat oksigen dan bertanggungjawab menjadikan darah berwarna merah. Kajian saintifik 1: Melindungi sel darah merah Rooibos mengawal radikal bebas di dalam saluran darah dan menghalang mereka daripada memusnahkan sel-sel darah merah. Ini ditunjukkan pada satu penyelidikan bersama antara para penyelidik di Jepun dan Slovakia, diterbitkan pada tahun 2000. Mereka menggunakan burung puyuh Jepun untuk ujian in-vivo ini dan mendapati bahawa ekstrak air masak rooibos, diberi kepada burung puyuh telah dapat melindungi sel-sel darah merah daripada mengalami hemolisis (berpecah sel-sel darah merah). Sumber rujukan: Simon M, Horovská L, Greksák M, Dusinský R, Nakano M. Institute of Animal Biochemistry and Genetics, Slovak Academy of Sciences, Ivanka pri Dunaji: Antihemolytic effect of Rooibos tea (Aspalathus linearis) on red blood cells of Japanese quails. Gen. Physiol. Biophys. (2000) 19, 365-371