Kesihatan Buah Pinggang

KESIHATAN BUAH PINGGANG Buah pinggang atau ginjal adalah sepasang organ yang terletak di belakang abdomen. Setiap satu bersaiz lebih kurang sepanjang 4 ke 5 inci – sebesar saiz genggaman. Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah. Semua darah di dalam tubuh kita mengalir melalui buah pinggang beberapa kali dalam sehari. Buah pinggang mengeluarkan sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair tubuh dan mengatur keseimbangan elektrolit. Semasa menapis darah, maka terhasillah air kencing yang akhirnya dikumpul pada pundi kencing. Satu daripada masalah yang sering berlaku pada buah pinggang adalah batu karang yang dinamakan nephrolithiasis. Ini berlaku kerana mineral yang terkandung pada air kencing membentuk kristal (batu), yang akan tumbuh membesar sehingga menutup pengaliran air kencing. Ia dianggap antara yang sangat menyakitkan dan perlu dirawat. Teh rooibos dikatakan boleh membantu masalah ini. Kajian saintifik 1: Mengelak pembentukan batu karang Untuk mereka yang sudah mempunyai batu karang buah pinggang atau sememangnya ada keturunan dalam keluarga yang mempunyai batu karang dan bercadang untuk mengelak diri mendapatnya, teh Rooibos boleh membantu. Jenis batu karang paling lazim adalah kalsium dan oxalate. Kebanyakan teh mengandungi oxalate kecuali teh tisane, termasuk teh Rooibos yang dianggap dapat membantu mengelak dari berlaku pembentukan batu karang buah pinggang jika diminum secara berterusan. Kajian yang dimuatkan di Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition telah menganalisis kandungan oxalate pada teh hitam dalam uncang dan daun biasa. Kajian mendapati bahawa ia masing-masing mengandungi sebanyak 4.68 dan 5.11 mg per gram teh. Teh hijau dan teh oolong pula mengandungi antara 0.23 ke 1.50 mg per gram teh. Oxalate pada teh herba, tisane, seperti teh Rooibos dan Honeybush pula mengandungi antara ‘tidak dapat dikesan’ ke 3 mg per gram. Sumber rujukan: Charrier, M.J., et.al.: Oxalate content and calcium binding capacity of thea and herbal teas. Asia Pacific Journal of Clinical Nutritional (2002) 11(4): 298-301.