Kanser

ROOIBOS BOLEH MENGHALANG PENYAKIT KANSER: Kanser adalah kelas penyakit yang dicirikan oleh pertumbuhan sel yang tidak dapat dikawal. Terdapat lebih dari 100 jenis kanser yang berbeza, dan setiap satunya dikelaskan mengikut jenis sel yang mula-mula terjejas. Kanser akan memudaratkan tubuh apabila sel-sel yang telah rosak membahagi tanpa kawalan kepada bentuk ketulan atau gumpalan tisu yang dipanggil tumor (kecuali dalam kes leukemia di mana kanser menghalang fungsi darah yang normal dengan pembahagian sel yang tidak normal dalam aliran darah). Tumor boleh membesar dan mengganggu pencernaan, saraf dan sistem peredaran darah, dan mereka boleh mengeluarkan hormon yang dapat mengubah fungsi tubuh badan. Tumor yang tinggal di satu tempat dan menunjukkan pertumbuhan terhad pada amnya dianggap benigna (tidak malignan, bukan kanser). Lebih merbahaya, atau malignan, bentuk tumor apabila dua perkara berlaku: Satu sel kanser berjaya bergerak ke seluruh tubuh menggunakan sistem darah atau limfa, memusnahkan tisu-tisu yang sihat di dalam satu proses yang dipanggil pencerobohan Apabila sel berjaya membahagi dan berkembang, membuat saluran-saluran darah yang baru untuk makanannya sendiri didalam proses yang dipanggil angiogenesis. Apabila sesuatu tumor telah berjaya merebak ke bahagian lain tubuh dan membesar, mencoroboh dan memsunahkan tisu-tisu sihat lain, maka ia dikatakan telah menjadi metastasis. Proses ini sendiri dipanggil metastasis, tahap dimana sudah sukar untuk dirawat. Kanser boleh dicegah: Berikut ialah beberapa kajian ilmiah yang boleh membuktikan bahawa dengan mengamal rooibos, penyakit kanser boleh dicegah malah boleh dirawat jika ia masih diperingkat awal. Kajian saintifik 1: Membantut pertumbuhan tumor malignan berbanding the hijau: Penyelidikan yang dijalankan di Jepun mendapati bahawa Rooibos berupaya membantut pertumbuhan sel malignan pada tikus apabila dicampur pada air minum. Dalam satu daripada kajian, didapati bahawa teh hijau tidak menunjukkan sebarang keupayaan tersebut sementara Rooibos bertindak dengan ketara. Kajian ini mendapati bahawa teh Rooibos telah membantutkan perkembangan malignan pada sel-sel tikus yang telah didedahkan pada sinar-X. Kuasa pembantutan ini berlaku apabila sel-sel tersebut dirawat dengan hanya 2% larutan Rooibos (bersamaan 2/3 cawan setiap hari pada manusia) dan kesan memuncak apabila sel-sel dirawat dengan 10% larutan (lebih sedikit 3 cawan setiap hari untuk manusia). Rooibos juga menlindung tikus daripada radiasi gamma. Tikus yang dirawat dengan 1 ml teh rooibos sebelum pendedahan kepada radiasi gamma mengalami kerosakan DNA kurang berbanding tikus-tikus yang tidak dirawat. (Untuk manusia, ini bersamaan 4 liter teh rooibos pekat. Molekul luteolin didapati bertanggungjawab dalam pembantutan ini. Sumber rujukan: Nakano, M., et al.: Inhibitory effects of Rooibos tea, Aspalathus linearis, on X-ray-induced C3HIOTII2 cell transformation. Cancer Letters (1994), 77:33-38 Kajian saintifik 2: Manghalang kanser kulit: Kemampuan teh herba Afrika Selatan (ekstrak Rooibos dan Honeybush) untuk bertindak sebagai penghalangkemo pada kanser kulit telah diselidik oleh satu pasukan penyelidik Afrika Selatan menggunakan model haiwan. Mereka berjaya menunjukkan bahawa penggunaan pada kulit (luaran) teh tersebut dapat membantutkan pertumbuhan tumor dengan signifikan pada tikus kajian yang menghidap kanser kulit apabila menggunakan sama ada teh diproses atau tidak. Sumber rujukan: Jeanine Marnewick. PROMEC Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg 7505, South Africa.. Tel.: +27 21 938 0289; fax: +27 21 938 0260., Elizabeth Joubert. ARC Infruitec-Nietvoorbij, Private Bag X5026, Stellenbosch 7599, South Africa. Shamiel Joseph. PROMEC Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg 7505, South Africa. Sonja Swanevelder. Biostatistic Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg, 7505, South Africa. Pieter Swart. Department of Biochemistry, Stellenbosch University, Private Bag X1, Stellenbosch 7602, South Africa. Wentzel Gelderblom. PROMEC Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg 7505, South Africa: Inhibition of tumour promotion in mouse skin by extracts of rooibos (Aspalathus linearis) and honeybush (Cyclopia intermedia), unique South African herbal teas. Cancer Letters (2005) 224, 193–202. Kajian saintifik 3: Menghalang pertumbuhan tumor: Di Korea Selatan, satu kajian keatas beberapa jenis herba ubatan untuk mengetahui keupayaan mereka menghalang pertumbuhan tumor dijalankan. Adalah didapati bahawa teh Rooibos mempamirkan keupayaan yang sangat signifikan. Sumber rujukan: Na HK, Mossanda KS, Lee JY, Surh YJ. Laboratory of Biochemistry and Molecular Toxicology, College of Pharmacy, Seoul National University, South Korea: Inhibition of phorbol ester-induced COX-2 expression by some edible African plants. Biofactors (2004) 21(1-4):149-53. Kajian saintifik 4: Anti-mutasi: Tiga jenis teh - hijau dari Jepun, teh Po-lei dari China dan teh Rooibos dari Afrika Selatan telah dikaji keberkesanan sebagai anti-mutasi. Adalah dirumuskan bahawa teh Rooibos boleh menghalang aktiviti mutasi pada manusia. Sumber rujukan: Sasaki YF, Yamada H, Shimoi K, Kator K, Kinae N. Laboratory of Food Hygiene, School of Food and Nutritional Sciences, University of Shizuoka, Japan: The clastogen-suppressing effects of green tea, Po-lei tea and Rooibos tea in CHO cells and mice. Mutation Research (1993); 286(2):221-32. Kajian saintifik 5: Melindungi hati akibat kersoakan oksidatif dan mutagenesis: Pada tahun 2003, satu pasukan penyelidik di Afrika Selatan dari beberapa universiti dan institusi penyelidikan telah menerbitkan satu penyelidikan komprehensif bahawa Rooibos boleh melindung hati daripada kerosakan oksidatif dan mutagenesis (satu perubahan pada sel yang boleh membawa menjadi kanser). Sumber rujukan: Marnewick JL, Joubert E, Swart P, Van Der Westhuizen F, Gelderblom WC. ROMEC Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg, 7505 South Africa. Email: jeanine.marnewick@mrc.ac.za: Modulation of hepatic drug metabolizing enzymes and oxidative status by rooibos (Aspalathus linearis) and Honeybush (Cyclopia intermedia), green and black (Camellia sinensis) teas in rats. J. Agric. Food Chem. (2003) 51, 8113-8119 Kajian saintifik 6: Melindungi hati dari serangan kanser : Rooibos melindungi hati daripada kanser hati pada tikus kajian. Ini adalah rumusan yang dibuat pada satu kajian yang diterbitkan dalam tahun 2003, berdasarkan satu kerjasama penyelidikan diantara para penyelidik di Majlis Penyelidikan Perubatan Afrika Selatan dengan lain-lain orangisasi penyelidikan. Sumber rujukan: Marnewick JL, Batenburg W, Swart P, Joubert E, Swanevelder S, Gelderblom WC. PROMEC Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg 7505, South Africa. Email: jeanine.marnewick@mrc.ac.za: Ex-vivo modulation of chemical-induced mutagenesis by subcellular liver fractions of rats treated with rooibos (Aspalathus linearis) tea, honeybush (Cyclopia intermedia) tea, as well as green and black (Camellia sinensis) teas. Mutation Research (2004) 585, 145-154