Jantung Sihat

ROOIBOS BOLEH MENJAMIN KESIHATAN JANTUNG Jantung merupakan salah satu organ yang paling penting dalam seluruh tubuh manusia. Ia betul-betul berfungsi sebagai pam, terdiri daripada otot yang mengepam darah ke seluruh tubuh, berdenyut kira-kira 72 kali setiap minit. Jantung mengepam darah yang membawa semua bahan-bahan penting diperlu dalam membantu tubuh kita untuk berfungsi dan membuang bahan buangan yang kita tidak perlu. Sebagai contoh, otak memerlukan oksigen dan glukosa, yang mana jika menerimanya secara berterusan akan menyebabkan kehilangan daya sedar. Otot memerlukan oksigen, glukosa dan asid amino serta nisbah garam-garam natrium, kalsium dan garam kalium yang betul untuk mengecut atau kontraksi seperti biasa. Kelenjar memerlukan bekalan bahan-bahan mentah dimana rembesan khas dihasilkan. Jika jantung berhenti untuk mengepam darah, tubuh mula lemah dan akan mati dalam tempoh yang singkat. Jantung beketja sebagai pam, menggerakkan darah ke seluruh tubuh kita untuk menyuburkan setiap sel. Darah yang telah digunakan, iaitu darah yang telah pergi ke sel-sel tersebut dan telah memberikan nutriennya kepada mereka, dikeluarkan dari tubuh oleh sebelah kanan jantung, dan kemudian dihantar ke paru-paru untuk diberi okisgen semula. Darah yang telah diberi oksigen semula oleh paru-paru ini ditarik ke sebalah kiri jantung dan dipam lagi ke dalam salurah darah. Rooibos boleh mengelak dari serangan jantung dan strok Banyak penyelidikan yang dijalankan untuk mengetahui kemampuan rooibos mengelak dari berlakunya serangan jantung dan strok. Hanya sebahagian kecil penyelidikan tersebut disenaraikan di sini untuk rujukan dan keyakinan anda; Kajian saintifik 1: Chrysoeriol menghalang arterosklerosis Penyelidikan yang dilakukan keatas manusia di Jepun menunjukkan bahawa chrysoeriol, satu daripada antioksidan yang ada pada rooibos boleh menghalang dan merawat penyakit vascular pada manusia. Chrysoeriol berupaya menghalang migrasi sel-sel otot licin di dalam aorta, satu penyebab utama arterosklerosis (satu keadaan dimana arteri menjadi sempit dan mengeras). Para saintis dengan itu mengesyorkan penggunaan chrysoeriol bagi menghalang dan merawat saluran-saluran darah yang akan menjadi sempit semula selepas angioplasti koronari. Semasa angioplasti dilakukan, belon kecil diletupkan untuk memecah arteri jantung yang telah menjadi sempit atau tersumbat. Nota: lazimnya, hanya sedikit sahaja jumlah kuantiti chrysoeriol yang terkandung di dalam Rooibos. Sumber rujukan: Cha, B., Shi, W.L., Yonezawa, T., Teruya, T., Nagai, K., Woo, J. Chubu University, 1200 Matsumoto, Kasugai, Aichi 487-8501, Japan: An inhibitory effect of chrysoeriol on platelet-derived growth factor (PDGF)-induced proliferation and PDGFreceptor signaling in human aortic smooth muscle cells. Journal of Pharmacological Science (2009) 110, 105–110. Kajian saintifik 2: Rooibos boleh menghalang enzin ACE Para penyelidik Sweden mendapati bahawa Rooibos boleh membantu menggalakkan jantung yang sihat pada manusia. Mereka mendapati bahawa 30 dan 60 minit selepas meminum 400ml Rooibos, aktiviti enzim yang dipanggil ‘angiotensin-coverting enzyme, atau ACE dihalang dengan ketara. Enzim ini dipercayai terlibat didalam terjadinya penyakit kardiovaskular, dan dengan itu penghalang ACE ini digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Pasukan penyelidikan tersebut gagal mempamirkan kesan yang sama dengan menggunakan teh hijau dan teh hitam pada sekumpulan 17 orang sukarelawan sihat yang menyertai didalam kajian tersebut. Sumber rujukan: Persson, I.A., Persson, K., Hägg, S., Andersson, R.G.G.: Effects of green tea, black tea and Rooibos tea on angiotensin-converting enzyme and nitric oxide in healthy volunteers. Public Health Nutrition (2010) 3(5), 730–737. Kajian saintifik 3: Rooibos boleh menghalang penyakit kardiovaskular dan melindungi tubuh dari kerosakan oksidatif lipid darah. Satu kajian di Afrika selatan keatas manusia menunjukan bahawa meminun 6 cawan Rooibos selama 6 minggu dengan ketara dapat mengurangkan beberapa penanda aras yang ada kaitan dengan penyakit kardiovaskular dan menlindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif pada lipid darah. Fungsi-fungsi buah pinggang dan hati pada 40 orang peserta kajian telah diperhati dan didapati tiada kesan buruk didapati dari meminun Rooibos sebanyak 6 kali setiap hari. Sumber rujukan: Marnewick, J.L.: Rooibos and honeybush: Recent advances in chemistry, biological activity and pharmacognosy. In: African natural plant products: New discoveries and challenges in chemistry and quality. Juliani, H.R., Simon, J.E., Ho, C.T. (Eds). ACS Symposium Series Volume 1021, American Chemical Society, Washington DC, USA, pp 277–294 (2010). Kajian saintifik 4: Rooibos mampu menurunkan paras kolesterol jahat LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL Satu pasukan penyelidik dari beberapa institusi penyelidikan Afrika Selatan telah menjalankan kajian keatas 40 orang sukarelwan dewasa yang berisiko penyakit kardiovaskular/jantung dengan meminum 6 cawan teh Rooibos difementasi/keringkan setiap hari selama 6 minggu. Selepas tempoh kajian, pengukuran keatas jumlah lemak jahat LDL, lemak baik HDL, status redoks (total glutathion), jumlah peroksidasi lipid/lemak dan beberapa lagi parameter telah dilakukan. Keputusan penyelidikan telah mendapati seperti berikut; Lemak jahat LDL = telah menurun dengan ketara Lemak baik HDL = telah meningkat dengan ketara Jumlah glutathione = telah meningkat Peroksidasi lipid/lemak = menurun Rumusan daripada kajian ini ialah bahawa meminum teh Rooibos yang dikeringkan/fementasi telah memperbaiki profail lipid dan status redoks, kedua-duanya ada hubungkait dengan penyakit jantung. Sumber rujukan: Jeanine L. Marnewick* , Fanie Rautenbach, Irma Venter , Henry Neethlinga, Dee M. Blackhurst, Petro Wolmarans, Muiruri Macharia. * Corresponding author at: Oxidative Stress Research Centre, Faculty of Health and Wellness Sciences, Cape Peninsula University of Technology, P.O. Box 1906, Symphony Way, Bellville 7535, South Africa. Tel.: +27 21(0)9538416; fax: +27 21(0)9538490. E-mail address: marnewickj@cput.ac.za (J.L. Marnewick): Effects of rooibos (Aspalathus linearis) on oxidative stress and biochemical parameters in adults at risk for cardiovascular disease. Journal of Ethnopharmacology 133 (2011) 46–52 Kajian saintifil 5: Rooibos boleh memperbaiki fungso aorta lebih baik berbanding teh hijau Satu kajian menggunakan teh Rooibos dan teh hijau (Camellia sinensis) untuk mengetahui keupayaan menghalang penyakit kardiovaskular/jantung telah dibuat keatas tikus jantan Wistar dengan memberi minum selama 7 minggu sebelum dibedah untuk mengkaji kecekapan jantung tikus tersebut untuk berfungsi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa Rooibos memperbaiki fungsi aorta berbanding teh hijau. Sangat jelas sekali Rooibos boleh melindungi jantung yang mungkin disebabkan oleh beberapa enzim-enzim flavonol yang terkandungi di dalam teh herba Afrika Selatan yang unik ini. Sumber rujukan: Pantsi WG, Marnewick JL, Esterhuyse AJ, Rautenbach F, van Rooyen J. Department of Biomedical Sciences, Faculty of Health and Wellness Sciences, Cape Peninsula University of Technology, Bellville, South Africa: Rooibos (Aspalathus linearis) offers cardiac protection against ischaemia/reperfusion in the isolated perfused rat heart. Phytomedicine (2011) 18(14): 1220-1228.