Diabetes

BERKESAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT DIABETES Diabetes atau diabetes mellitus dikelaskan sebagai ketidaksempurnaan metabolisma. Metabolisma merujuk kepada cara bagaimana tubuh kita menggunakan bahan makanan yang telah dihadam untuk tenaga dan tumbesaran. Kebanyakan apa yang kita makan dihancurkan menjadi glukosa. Glukosa adalah bentuk gula di dalam darah kita – ia adalah sebagai sumber utama bahan bakar untuk tubuh kita. Apabila makanan yang kita makan dihadam, glukosa masuk ke dalam darah. Sel-sel kita menggunakan glukosa untuk tenaga dan tumbesaran. Bagaimanapun, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel kita tanpa kehadiran insulin – insulin memungkinkan untuk sel-sel kita mengambil atau menyerap glukosa tersebut. Insulin adalah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Selepas makan, pankreas tersebut secara otomatik merembeskan satu kuantiti insulin secukupnya bagi mengangkut glukosa yang berada di dalam darah masuk ke dalam sel-sel kita, dan dengan sedemikian merendahkan paras gula dalam darah. Seseoraang yang menghidap penyakit diabetes adalah berada pada keadaan dimana kuantiti glukosa di dalam darah terlalu tinggi (hyperglycemia). Ini kerana sama ada tubuh tidak dapat mengeluarkan cukup insulin, langsung tidak lagi mengeluarkan insulin, atau sel-sel tidak menerima dengan sempurna insulin yang dihasilkan oleh pankreas. Ini menyebabkan terlalu banyak glukosa yang terkumpul di dalam darah. Glukosa darah yang berlebihan ini akhirnya dikeluarkan oleh tubuh melalui air kencing. Jadi, walaupun terdapat banyak glukosa dalam darah, sel-sel tidak menerima bekalan bagi keperluan untuk menghasilkan tenaga dan tumbesaran. Jika diabetes tidak dikawal secukupnya, pesakit akan berdepan risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi seperti hypoglycemia, ketoacidosis, dan ‘nonketotic hypersosmolar coma’. Komplikasi yang terbiar secara berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, kerosakan retina mata atau penglihatan, kegagalan kronik kepada buah pinggang, kerosakan saraf, luka yang tidak sembuh-sembuh, gangren pada kaki yang mungkin terpaksa dipotong, dan mati pucuk. Beberapa penyelidikan menggunakan teh Rooibos sebagai rawatan alternatif kepada penyakit diabetes telah dijalankan. Kajian saintifik 1: Aspalathin merangsang penghasilan insulin dan merangsang penyerapan glukosa ke seluruh tisu Satu kajian di Jepun pada tahun 2009 telah mendapati bahawa aspalathin dapat membantu meningkatkan penyerapan glukos oleh sel-sel otot dan dengan demikian dapat mengekalkan paras darah normal pada tikus kajian yang menghidap jenis 2-diabetes. Aspalathin juga merangsang sel-beta untuk merembeskan insulin dan membantu memulihkan gangguan penyerapan glukosa pada haiwan-haiwan ini. Sumber rujukan: Atsutoshi Kawanoa, Hiromichi Nakamurab, Shu-ichi Hatab, Miki Minakawaa, Yutaka Miuraa, Kazumi Yagasakia*. Department of Applied Biological Science, Tokyo University of Agricultural and Technologya, Fuchu, Tokyo 183-8509, Japan. Tama Biochemical Cob., Sinjuku, Tokyo 160-0023, Japan. *Corresponding author: Tel/fax: +8142 367 5713, E-mail: yagasaki@cc.tuat.ac.jp (K. Yagasaki): Hypoglycemic effect of aspalathin, a rooibos tea component from Aspalathus linearis, in type 2 diabetic model db/db mice. Phytomedicine (2009) 16, 437–443. Kajian saintifik 2: Melindungi dari kerosakan oksidatif pada rerambut mata disebabkan diabetes Satu kajian di Republik Slovakia mendapati bahawa Rooibos memberi perlindungan keatas tekanan oksidatif pada tikus yang menghidap diabetes. Para saintis ini mencadangkan penggunaan Rooibos untuk pengawalan dan terapi untuk komplikasi vaskular dan diabetes, khusus menlindungi sistem rerambut okular (mata) daripada peroksidasi/kerosakan. Sumber rujukan: Ulicná, O., Vancová, O., Božek, P., Cársky, J., Šebeková, K., Boor, P., Nakano, M., Greksák, M. Laboratory of Pharmacobiochemistry, Third Department of Internal Medicine, Faculty of Medicine, Comenius University, Bratislava, Slovak Republic: Rooibos tea (Aspalathus linearis) partially prevents oxidative stress in streptozotocin-induced diabetic rats. Physiology Research (2006) 55, 157–164.