KAYA EKSPRESS

Anda selalu diberi kata-kata motivasi oleh rakan niaga senior anda bahawa untuk anda berjaya mencapai status kewangan yang hebat dan berkekalan di dalam perniagaan ‘network marketing’, maka anda harus bersedia bekerja keras secara bersistem antara 3-5 tahun. Inilah yang saya panggil ‘konvensional MLM’ kerana anda perlu rajin, sabar dan berani mengharungi berbagai cabaran di pasaran untuk satu tempoh yang agak lama, jika anda mampu bertahan, pasti akhirnya anda akan berjaya sekurang-kurang mencapai pendapatan 5-angka setiap bulan. Saya katakan begitu kerana itulah pengalaman peribadi saya di syarikat ini. Bagaimanapun, di syarikat kami dengan menggunakan konsep perniagaan yang sama dan produk yang sama tanpa lari dari polisi syarikat dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang kerajaan Malaysia, anda boleh melakukan tindakan lebih agresif untuk mencapai kejayaan dalam tempoh yang singkat dan ini yang saya panggil ‘kaya ekspress’ kerana jika anda bersedia bekerja keras dan bersedia berbelanja lebih sedikit maka dalam tempoh 6 bulan atau kurang, anda boleh berpendapatan bulanan lebih RM600,000 setiap bulan. Nak tahu bagaimana? ...sila terus membaca.

Perniagaan MLM adalah perniagaan yang memberikan anda kebebasan untuk memilih, dengan siapa anda mahu bekerjasama, di mana dan bila anda membuat perniagaan tersebut dan paling penting ialah anda bebas memilih berapa lama dan berapa jumlah pendapatan yang anda mahu setiap bulan. Anda boleh memilih untuk mencapai kejayaan kewangan dalam tempoh 3-5 tahun atau anda boleh membuat pilihan lebih agresif dan pantas, katakan anda mahu pendapatan bulanan RM600,000 dalam tempoh 6 bulan dari hari pertama anda membuat keputusan untuk mendaftarkan diri sebagai usahawan di syarikat kami dan inilah yang saya mahu anda pilih. Keputusan untuk memilih sama ada mahu lebih cepat atau lambat boleh diilustrasikan seperti berikut; anda ingin pergi ke satu tempat yang mungkin jauhnya 500 kilometer. Jika anda mahu sampai dengan cepat ke destinasi tersebut anda boleh menaiki kapal terbang dan mungkin hanya mengambil masa 1 jam untuk anda sampai ke tempat itu. Sudah pasti, ia memerlukan sedikit pengorbanan kerana kosnya agak mahal tetapi lebih eksklusif dan selesa. Atau, anda boleh ke destinasi yang sama dengan menaiki bas komersil yang sudah pasti lebih murah tetapi mungkin memakan masa sehingga 10 jam untuk sampai ke sana. Kedua-dua cara perjalanan ini tidak salah. Itu pilihan anda kerana mungkin faktor-faktor tertentu. Begitu juga perniagaan MLM, apabila anda sudah memahami pelan pemasarannya maka anda membuat keputusan sama ada mahu melakukannya secara perlahan-lahan atau secara ekspress dan kedua-dua pilihan ini tidak salah sama ada dari segi polisi syarikat atau undang-undang Malaysia yang sedia ada.

Menyedari hakikat bahawa ramai orang di luar sana tidak sabar, mungkin termasuk anda dan mahu melihat wang yang banyak dalam tempoh yang singkat, maka saya sediakan ruangan pilihan KAYA EKSPRESS ini untuk mereka. Mereka yang lebih sabar dan bersedia menunggu sehingga 3-5 tahun untuk berjaya, anda boleh memilih cara lama, ‘konvensional MLM’. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya memaklumkan saya di kotak pertanyaan apa pilihan anda dan saya akan melaksanakan pilihan anda itu.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Tindakan awal ialah mendaftar sebagai ahli sah dan pakej yang saya syorkan ini sudah termasuk untuk syarat menjadi ahli. Apa yang perlu anda berikan kepada saya untuk urusan pendaftaran hanyalah;

- nama penuh seperti di dalam kad pengenalan atau passport anda.
- alamat penuh surat-menyuarat
- no akaun bank (kecuali akaun ASB dan AGRO)
- no telepon (rumah, pejabat dan HP)

Kemudian anda terus membuat pembelian produk untuk 6 bulan maintain dan ini termasuk syarat untuk mendaftar sebagai ahli sah di syarikat kami. Ingat, perniagaan ini memerlukan anda membuat pembelian produk sebanyak 30PV atau 9 pek Rooibos Organik setiap bulan pada harga ahli (WM-RM28/pek; EM-RM30 satu/pek). Untuk menjamin program Kaya Ekspress ini berjaya, setiap ahli baru dimesti membuat pembelian sekali gus untuk maintain 6 bulan berturut-turut sebanyak 9 pek rooibos organik (ini sudah termasuk kos keahlian untuk bulan pertama). Berikut ialah jumlah yang anda perlu sediakan dan dimasukkan terus ke akaun syarikat dan kemudian syarikat menghantar secara percuma produk terus ke alamat anda dan anda kemudian didaftarkan sebagai ahli dengan nombor ahli dan kad ahli diberikan kepada anda;

Jika anda berada di Semenanjung Malaysia:

Produk untuk keahlian : 9 pek x RM28 = RM252

Katalog/Tool : 1 pek = RM9

Risalah Rooibos Organik : 500 keping = RM50

Produk untuk maintain bulan ke 2- 6 : 9 pek x RM28 x 5 bln = RM1,260

JUMLAH = RM1,571

Jika anda berada di Sabah/Sarawak/WP Labuan:

Produk untuk keahlian : 9 pek x RM30 = RM270

Katalog/Tool : 1 pek = RM10

Risalah Rooibos Organik : 500 keping = RM50

Produk untuk maintain bulan ke 2- 6 : 9 pek x RM28 x 5 bln = RM1,350

JUMLAH = RM1,680

Setelah membuat pembayaran jumlah di atas, maka anda tidak lagi perlu membuat pembelian (jika anda mahu, boleh) selama 6 bulan berturut-turut kerana pihak stokis akan ‘submit’ pembelian anda diantara 11hb ke 8hb bulan berikutnya setiap bulan untuk 6 bulan berturut-turut. Apa yang patut anda lakukan ialah hanya mengingatkan pihak stokis supaya tidak lupa berbuat demikian setiap bulan. Anda boleh juga masuk di portal ahli dan buat pemeriksaan jika pembelian anda sudah dimasukan oleh stokis berkenaan.

Tugasan anda yang paling berat setelah didaftar dan telah menerima produk anda serta nombor keahlian ialah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh mendaftar sebagai ahli ialah mencari dan berjaya menjemput 10 orang rakan niaga baru menyertai kumpulan anda dan bersedia membuat pembelian jumlah yang sama di atas. Anda mesti pastikan anda tidak gagal dalam tugasan ini kerana jika anda gagal, maka jumlah RM600,000 dalam tempoh 6 bulan ini akan gagal dicapai. Teknik-teknik membuat jemputan dan cara membuat penajaan akan diberikan kepada anda. Anda juga akan dibantu oleh rakan niaga senior, termasuk saya untuk proses penajaan nanti. Jika anda yakin boleh, sila sertai program Kaya Ekspress dan jika tidak, saya syorkan anda menyertai ‘konvensional MLM’ kami.

ILUSTRASI PENDAPATAN RM663,897 SETIAP BULAN

Ini bukan sekadar gimik, ia nyata dan saya sudah jelaskan di sub-menu lain dalam laman web ini. Pakej Kaya Ekspress ini pasti berjaya dalam tempoh 6 bulan jika semua ahli baru mampu menyediakan wang untuk pembelian sekali gus untuk 6 bulan maintain dan berjaya menaja 10 orang dalam tempoh 1-2 bulan selepas menyertai. Jika semuanya berlaku seperti yang ditetapkan, maka potensi pendapatan anda andalah seperti berikut;







Inilah potensi jumlah wang yang anda sedang tunggu dan semuanya bergantung kepada kemampuan anda untuk menaja 10 orang dalam tempoh yang ditetapkan. Sebenarnya di syarikat kami, potensi di atas akan menjadi lebih besar kerana ada satu lagi bonus yang akan diberikan tanpa anda diperlu membuat pembelian lain iaitu BONUS PERKEMBANGAN PENGURUS STAR tetapi sengaja tidak dipaparkan di dalam ruangan ini kerana anda akan dapat pelajari bagaimana pengiraanya apabila anda sudah menghadiri kursus 3-jam yang saya selalu adakan di seluruh Malaysia. Kursus itu saya namakan “NEW BUSINESS PARTNER TRAINING”.

ANDA TIDAK AKAN RUGI APA-APA

Mungkin anda teragak-agak untuk menyertai pakej ‘Kaya Ekspress’ ini kerana takut menjadi mangsa penipuan dan rugi. Sebenarya ini tidak berlaku kerana ini adalah perniagaan jual-beli barang dan bukan skim pelaburan. Didalam pakej ini, sejurus anda sudah membuat pembayaran untuk penyertaan, anda akan diberi produk secukupnya untuk anda guna selama 6 bulan dan yang selebihnya anda perkenalkan atau kongsikan dengan ahli keluarga dan rakan karib yang memilih untuk hanya sekadar menjadi pengguna. Dalam pakej ini anda akan mendapat 9 pek rooibos organik x 6 bulan = 54 pek. Anda simpan 12 pek untuk 6 bulan kegunaan sendiri/keluarga dan yang 42 pek lagi anda kongsikan dengan ahli keluarga terdekat dan sahabat handai pada harga penguna (RM30/pek di WM, RM40/pek di EM). Bererti, jika dalam tempoh 6 bulan anda berjaya menjual 42 pek ini, maka anda akan memperolehi hasil jualan RM1,596 (harga bukan ahli = RM38/pek) di WM dan RM1,680 (harga bukan ahli = RM40/pek) di EM. Penjualan keatas 42 pek ini tidak sukar kerana anda dibantu oleh risalah rooibos organik yang sangat lengkap bersama testimoni pengguna di seluruh Malaysia. Sekarang cuba bandingkan kos anda menyertai pakej ‘Kaya Ekspress’ ini dengan hasil jualan anda keatas 42 pek, walaupun anda sudah ambil 12 pek untuk kegunaan sendiri/keluarga, anda masih ada untung dianggap untung kerana 12 pek itu anda dan keluarga guna sendiri. Inilah bukti bahawa anda anda tidak akan rugi apa-apa kerana menyertai pakej ini.

JANGAN FIKIR PANJANG, SILA SERTAI PAKEJ INI SEKARANG. INILAH PELUANG ANDA MENJADI SEORANG YANG KAYA-RAYA TANPA MENUNGGU TERLALU LAMA.